Sunday 2 September 2012

"dik cucuq udang sepinggan"

Aassalamuaaikum...

Lamanya tak bukak blog. tulis apatah lg. nk kata sibuk taklah sgt..tp letih tu selalu jgak terasa..lebih2 lg lepas hari raya nie. Dalam letih tu ada kegembiraan. seronok tengok bila restoran penuh dgn customer. Semangat buat kerja. tak breakfast pun tak pe asalkan dpt penuhi order customer. Alhamdulillah....hampir 5 bln ak duduk rmh dan ak tak bekerja dgn sape2 pun melainkan dgn bpk ak sendiri.memang ak rasa cuti nie yang paling bermakna dan paling byk ak luangkn masa dgn family ak.ak tak mcm kwn yg lain yg bekerja mkn gaji..walhal sebenarnya ak nie mmg teringin sgt nk bekerja dgn org lain. tapi bila tngok bisnes bpk ak pun masih tercari2 org kerja tak sampai hati la pulak. sedih pulak ak tngok bpk ak bersusah payah berniaga demi nk bagi makan ak nie.mgkin dah tiba masanya ak berjasa dgn bpk ak.

5 bulan ak kat restoran,mcm2 customer yg ak jumpa,mcm2 ragam dan alhamdulillah byk juga pengalaman yg ak dpt. Tambah pula skrg kerja ak bukan bahagian belakang dh....ak telah dinaiktaraf oleh abg ak sebagai penggoreng cucur udang....kena goreng kat bahagian depan restoran. Mula2 malu sgt dgn terketar2 potong cucur udang nasib baik tgn tak kena pisau. dah tu nak kira pulak....tersalah kira mmg tak dpt elak la...

Customer pun dh bleh cam muka ak nih! msk je restoran "dik cucuq udang sepinggan". Ada pulak yg tnya dik sedap ke kuah dik buat nih? ehh...mesti la sedap.btul ke sedap? klu tak percaya try la dulu....
slps try....
"dik boleh thn la kuah nih" ak tngok kat pinggan cucuq udang, licin timun pun habis......

Tapi nanti ak dh tak boleh dh nk dengar "dik bg cucuq udang sepinggan" sedihnya.....dh nk berangkat ke puncak alam. ak ni dr sek men. asyik  kat luar negeri je...bile nk merasa belajar kat negeri sendiri....huhu(Ops... tak baik merungut!)...ak mesti rindu customer2 tetap cucuq udang...mama ak syorkn ak buat part time cucuq udang kat puncak alam...hmm.. tu pun klu kepala otak nie tak pecah la...

Apepun ak harap sgt ak dpt belajar dgn baik dan ak harap sgt apa yg ak belajar tu diberkati olehNYA. Mudah-mudahan ilmu yg ak dpt membantu diriku dan org lain....InsyaAllah..

"kadang-kadang kita rasa kita hebat sgt dgn apa yg kita ada tp kita lupa lg hebat sesuatu yg kita miliki itu lg besar tanggungjawab terhadap sesuatu itu"

Jadi, tak perlulah kita rasa diri kita hebat dgn sesuatu kelebihan yg kita ada tp cuba kita fikirkan amanah yg tersirat di sebalik kelebiahn tu dan berdoalah agar kelebihan itu digunakan di jalanNYA....=)

Saturday 21 July 2012

Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni sudah msk dua ramadhan. Sebelum masuknya bulan ramadhan iaitu pd 19 julai, mak ak ad la ajak ak pergi mengaji. Mula2 mcm malas tapi bila dh dekat2 nk p mcm rasa nk p pulak! p je lah klu duk kat rmh pun apelah sgt ak buat...bila dh smpai je dkt masjid,bru je lepas azan maghrib.cepat2 la pakai kain telekong nk berjemaah sekali. Selesai shj solat maghrib dh menjadi kebiasaan dkt masjid tu akn diadakan tazkirah. Mlm tu tazkirah disampikan oleh Ustaz Mutalib Maarof...orgnya sgt tegas ataupun senang cakap garang tp garang2 pun best giler tazkirah yg dismpaikan, tak mengantuk, padat dgn isi.....


nie ak catitkan skit apa yg ustaz sampaikn.....

1) "kita skrg ni selalu dgr org cakap dh nk msuk bulan posa dh nih...tahu tak dlm Al-quran satu-satunya bulan yang disebut ialah bulan Ramadhan. Siapa yg bg nama Ramadhan tu?....sudah tentulah Allah S.W.T. tp kita hari ni senang2 ja paggil bln posa.dh la sebut posa pun tak btoi bkn posa tp PUASA.mmg tak salah sbut bln puasa tp tak berapa nk elok la kn. Sebenarnya dlm Ramadhan terdapat puasa,tarawih,mlm lailtulqadar dan banyak lg fadilat yg terdapat dlm bulan Ramadhan".


2) "ramai dlm kalangan kita klu ditanya apa kelebihan bulan Ramadhan,mesti ada yg jawab, haihh byk kelebihan antaranya pahala dilipat kali gandakan.tp berapa kali digandakan tu?


*Pahala amalan sunat di bln Ramadhan sama mcm pahala amalan wajib.


*habis tu klu buat perkara wajib mcm mana pulak? hmm... klu buat amalan wajib pahalanya mcm 70 kali yang wajib tu..


cuba bygkn klu bulan biasa kta kena solat subuh 70 kali bru sama pahala yg dapat dengan sekali solat subuh di bln Ramadhan...


*Sedekah di bulan Ramadhan, pahala mcm memberi zakat. Bayangkan klu kita sedekah RM 1000 di bln Ramadhan kta dpat pahala mcm kta sedekah RM 70000 di bln biasa.


*Bln Ramadhan bln yg disuruh byk bersabar.Ganjaran bagi org yg bersabar ialah SYURGA.


*Bln Ramadhan bln yg ditambah rezeki bg mereke yg beriman.


*Barangsiapa yg membuat majlis berbuka puasa akn dpt 3 kebaikan:
 1)Diampunkan dosanya
 2)makanan itu akn jadi penebus kepadanya dari api neraka
 3)dpt pahala org yg dijamu puasa tanpa mengurangkan sedikit pun pahalanya
-secara kasarnya, kita akn kata, manalah ak mampu nk buat majlis berbuka puasa,sedang duit yg ak ada pun cukup-cukup untuk keperluanku,


Jgn bimbang,sekalipun kita tak mampu membuat majlis secara besar-besaran dan makanan yg mewah-mewah, tapi kiranya kita mampu dengan memberi sebiji tamar atau segelas air sejuk atau secawan susu yang telah dicampur dgn air.Tak perlulah kita nak mengadakan majlis yg besar2 jika kita tak mampu, tp kita boleh memberi makanan kepada seorang atau lebih kepada sahabat-sahabat kita yang berpuasa.


*Di bln Ramadhan,awalnya adalah RAHMAT,pertengahannya adalah KEAMPUNAN, akhirnya adalah PAHALA.


*Di bulan Ramadhan,jika seseorang majikan meringankan kerja pekerjanya,cthnya memberi pekerjanya pulang awal,maka majikan tersebut akan diampunkan dosa dan dibebaskan drpd api neraka.


*Banyakkanlah melakukan 4 perkara dlm bulan Ramadhan,
iaitu 2 perkara utk mendptkan keredhaan Allah dan 2 perkara lg sgt diperlukan:


perkara yg mendapatkan keredhaan Allah:
1)mengucap dua kalimah syahadah
2)memohon ampun dgn berbanyak beristigfar


perkara yg sgt perlu kepada kita:
1)memohon ampun smpai dimasukkan kamu didlam syurga.
2)memohon agar dilindungi drpd azab neraka.


*Rasulullah S.A.W bersabda,barangsiapa memberi minum pada seorang yg berpuasa(semasa berbuka puasa),Allah Taala akn memberi minum kepadanya dari kolamku(Al-Qausar).


-kolam Al-Qausar ialah kolam yg terdapat di padang Masyhar.Pada waktu,semua manuasia dikumpulkan sblm dihisab dan cuaca pd waktu sgt panas terik bg mereka yg byk melakukan dosa. Dgn diberi kelebihan meminum air dari kolam Al-Qausar,hanya sekali minum,insan tersebut tidak akan dahaga lagi sehingga ia msk ke syurga.


*semoga dengan hadirnya Ramadhan kita dpt memulakan azam yg baru dlm memperbanyakkan amal kebajikan dan mudah-mudahan diampunkn dosa kita yg lalu...






Tuesday 3 July 2012

Think of its........

1) "Jgn jadi lidah aku tajam,sehingga merosakkan orang"


2) Orang yg dimuliakan ada tiga jenis:
    
    *org yg hafal Al-quran
    *org yang jadi ibu bapa
    *ulamak


p/s: bak kata ustaz,kalau tak dapat hafal Al-quran sekalipun sekurang-kurangnya kawinlah dgn org yang penghafaz Al-quran...hehe


3)"Penawar kepada harta adalah zakat",jadi jgn lupa byr zakat...


4)Org yg ckp banyak,salah byk,salah byk dosa pun byk. "Penawar kpd org yg cakap byk adalah dgn membaca Al-quran"


5)"Penawar kepada makanan adalah sedekah".


6)"Jgn sibuk dengan benda yg kamu nk tinggal didunia ini, tp sibuklah dgn benda yg kamu nk bawa bertemu Allah nanti"


7) Manusia dibina oleh 4 perkara:


   1)Roh
-makanan roh adalah zikir,membaca Al-quran,buat perkara-perkara sunat.
   
   2)Akal
-agama tidak boleh bergantung pada akal sepenuhnya kerana akal manusia itu terbatas.
   
   3)Nafsu
-ada 3 jenis nafsu

~nafsu Ammarah(nafsu yg suruh buat benda jahat)
~nafsu Lawwamah
~nafsu Mutmainnah


   4)Qalbu(hati)

Thursday 28 June 2012

ISRAK MIKRAJ

Bila dengar ja tajuk "israk mikraj" mesti teringat peristiwa dimana Nabi Muhammad S.A.W diangkat ke langit. Kalau nk tahu lebih lanjut cuba baca nih...... =)


Kisah Israk Mikraj

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)

Tuesday 12 June 2012

Finally I meet him.........


Alhamdulillah......that only the word that I can say when I meet him...

while i'm busy with my cooking and suddenly i heard a sound that said..."haih bos duduk depan hari  ini". automatically my head turn towards the sound and at the same times his head also turn to me....and both of our eyes meet...i'm quickly look at the clothes that he wear and i saw  his name that written there.im smile when i saw the name......He come closer to me and put his palm on my head and he shakes my head(like parents that always pray for their child). his mouth keep in smiling. Then he ask me....

how about u'r study?
I said....now i'm already finished my diploma..
and what your cgpa?
hmm......(#.##)
how a best student like you just get #.##?
oh....hmm...this is due to my result in the 2 and 3 sem
oh ok.so what do you choose to further in degree?
i'm taking fisiotherapy...
wow! that's good...
whatever happen always do u'r best in u'r life.I will always pray for you in the future...


sebenarnya rasa sedih bila dia dgr ayt "how a best student like you just get #.##?".....tp sedih tu bukan sebab dapat cgpa mcm tu tp sedih sebab dulu tak study betul2. bila fikir2 balik, apa yg dia ckp tu btul. kalau kita rasa kita hebat sebenarnya ada yg lebih hebat dan kalau rasa kita lemah ad yg lebih lemah, kesimpulannya cubalah bersederhana dalam smua hal......... 
              

Sunday 15 April 2012

kawan oh kawan!

assalamualaikum......

Entah kenape hari nie ak teringat dekat kawan2 ak...hai rindu la pulak. Teringat study sama2 time nak final exam. bagai nak gila tau. takut dia bukan kepalang. Tiap-tiap pagi bangun mesti dah set nak buat apa. tapi tak semua yang dirancang dapat ditunaikan pada hari tu. Tapi it's okay at least ada perancangan. Teringat sama2 tengok movie, bergosip dl. Sekarang nie tinggal kenangan.....sem last lagi la mencabar task yg dapat. Alhamdulillah aku dapat group member yang ok. Aku harap kawan2 akan terus berjaya dan semoga hidup mereka sentiasa diberkati :-)

" I miss u all"