Saturday 21 July 2012

Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni sudah msk dua ramadhan. Sebelum masuknya bulan ramadhan iaitu pd 19 julai, mak ak ad la ajak ak pergi mengaji. Mula2 mcm malas tapi bila dh dekat2 nk p mcm rasa nk p pulak! p je lah klu duk kat rmh pun apelah sgt ak buat...bila dh smpai je dkt masjid,bru je lepas azan maghrib.cepat2 la pakai kain telekong nk berjemaah sekali. Selesai shj solat maghrib dh menjadi kebiasaan dkt masjid tu akn diadakan tazkirah. Mlm tu tazkirah disampikan oleh Ustaz Mutalib Maarof...orgnya sgt tegas ataupun senang cakap garang tp garang2 pun best giler tazkirah yg dismpaikan, tak mengantuk, padat dgn isi.....


nie ak catitkan skit apa yg ustaz sampaikn.....

1) "kita skrg ni selalu dgr org cakap dh nk msuk bulan posa dh nih...tahu tak dlm Al-quran satu-satunya bulan yang disebut ialah bulan Ramadhan. Siapa yg bg nama Ramadhan tu?....sudah tentulah Allah S.W.T. tp kita hari ni senang2 ja paggil bln posa.dh la sebut posa pun tak btoi bkn posa tp PUASA.mmg tak salah sbut bln puasa tp tak berapa nk elok la kn. Sebenarnya dlm Ramadhan terdapat puasa,tarawih,mlm lailtulqadar dan banyak lg fadilat yg terdapat dlm bulan Ramadhan".


2) "ramai dlm kalangan kita klu ditanya apa kelebihan bulan Ramadhan,mesti ada yg jawab, haihh byk kelebihan antaranya pahala dilipat kali gandakan.tp berapa kali digandakan tu?


*Pahala amalan sunat di bln Ramadhan sama mcm pahala amalan wajib.


*habis tu klu buat perkara wajib mcm mana pulak? hmm... klu buat amalan wajib pahalanya mcm 70 kali yang wajib tu..


cuba bygkn klu bulan biasa kta kena solat subuh 70 kali bru sama pahala yg dapat dengan sekali solat subuh di bln Ramadhan...


*Sedekah di bulan Ramadhan, pahala mcm memberi zakat. Bayangkan klu kita sedekah RM 1000 di bln Ramadhan kta dpat pahala mcm kta sedekah RM 70000 di bln biasa.


*Bln Ramadhan bln yg disuruh byk bersabar.Ganjaran bagi org yg bersabar ialah SYURGA.


*Bln Ramadhan bln yg ditambah rezeki bg mereke yg beriman.


*Barangsiapa yg membuat majlis berbuka puasa akn dpt 3 kebaikan:
 1)Diampunkan dosanya
 2)makanan itu akn jadi penebus kepadanya dari api neraka
 3)dpt pahala org yg dijamu puasa tanpa mengurangkan sedikit pun pahalanya
-secara kasarnya, kita akn kata, manalah ak mampu nk buat majlis berbuka puasa,sedang duit yg ak ada pun cukup-cukup untuk keperluanku,


Jgn bimbang,sekalipun kita tak mampu membuat majlis secara besar-besaran dan makanan yg mewah-mewah, tapi kiranya kita mampu dengan memberi sebiji tamar atau segelas air sejuk atau secawan susu yang telah dicampur dgn air.Tak perlulah kita nak mengadakan majlis yg besar2 jika kita tak mampu, tp kita boleh memberi makanan kepada seorang atau lebih kepada sahabat-sahabat kita yang berpuasa.


*Di bln Ramadhan,awalnya adalah RAHMAT,pertengahannya adalah KEAMPUNAN, akhirnya adalah PAHALA.


*Di bulan Ramadhan,jika seseorang majikan meringankan kerja pekerjanya,cthnya memberi pekerjanya pulang awal,maka majikan tersebut akan diampunkan dosa dan dibebaskan drpd api neraka.


*Banyakkanlah melakukan 4 perkara dlm bulan Ramadhan,
iaitu 2 perkara utk mendptkan keredhaan Allah dan 2 perkara lg sgt diperlukan:


perkara yg mendapatkan keredhaan Allah:
1)mengucap dua kalimah syahadah
2)memohon ampun dgn berbanyak beristigfar


perkara yg sgt perlu kepada kita:
1)memohon ampun smpai dimasukkan kamu didlam syurga.
2)memohon agar dilindungi drpd azab neraka.


*Rasulullah S.A.W bersabda,barangsiapa memberi minum pada seorang yg berpuasa(semasa berbuka puasa),Allah Taala akn memberi minum kepadanya dari kolamku(Al-Qausar).


-kolam Al-Qausar ialah kolam yg terdapat di padang Masyhar.Pada waktu,semua manuasia dikumpulkan sblm dihisab dan cuaca pd waktu sgt panas terik bg mereka yg byk melakukan dosa. Dgn diberi kelebihan meminum air dari kolam Al-Qausar,hanya sekali minum,insan tersebut tidak akan dahaga lagi sehingga ia msk ke syurga.


*semoga dengan hadirnya Ramadhan kita dpt memulakan azam yg baru dlm memperbanyakkan amal kebajikan dan mudah-mudahan diampunkn dosa kita yg lalu...






No comments:

Post a Comment