Sunday 15 April 2012

kawan oh kawan!

assalamualaikum......

Entah kenape hari nie ak teringat dekat kawan2 ak...hai rindu la pulak. Teringat study sama2 time nak final exam. bagai nak gila tau. takut dia bukan kepalang. Tiap-tiap pagi bangun mesti dah set nak buat apa. tapi tak semua yang dirancang dapat ditunaikan pada hari tu. Tapi it's okay at least ada perancangan. Teringat sama2 tengok movie, bergosip dl. Sekarang nie tinggal kenangan.....sem last lagi la mencabar task yg dapat. Alhamdulillah aku dapat group member yang ok. Aku harap kawan2 akan terus berjaya dan semoga hidup mereka sentiasa diberkati :-)

" I miss u all"

Wednesday 11 April 2012

nk buat apa nih???

dulu sblm cuti sem dah merancang nk buat tu nak buat nie tp lepas dh cuti, hmm... tak tau nk buat apa. setakat ni dh 12 hari ak dok kat rumah. setiap hari ak tolong ayahku dkt kedai. Hmm... tahu la jgak cara-cara nak masak..tp nk juga cari kerja yg tetap tak mau la asyik nk bergantung pd mak n ayah. Sepatutnya plan ak hari nie nk p jalan-jalan kat penang.Tp tu la bila dapat tau ada gempa bumi nie terus cancel. Harap-harap semuanya selamat. Alhamduliilah, setakat nie belum ada kemalangan jiwa yang berlaku.

AMBIL TAHU!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum.......aku ingin berkongsi sedikit tentang apa yang aku dapat daripada pembacaan Novel Warkah Cinta Berbau Syurga,karya (A.UBAIDILLAH ALIAS)

 Alhamdulillah selesai sahaja membaca novel ini aku terfikir andai kata semua manusia didalam dunia ini memiliki sikap sebegitu rupa.......tentu kurangnya gejala sosial pada masa kini.........

"Benar kata orang cinta itu buta.ia menyubur tanpa batas dan sempadan,ia hadir tanpa suara. adanya dapat dirasa biarpun kasih sayang itu adalah anugerah Tuhan tetapi manusai diberi akal untuk berfikir. manusia itu tidak lemah menilai.manusia mampu membuat keputusan dengan akal yang ada. pertimbangan dengan akal jauh lebih baik daripada mengikut rasa hati dan perasaan. apabila akal dan ilmu memandu hati tiada lagi cinta buta"

Jadi kepada semua mahasiswa,remaja sedarlah bahawa percintaan yang anda miliki sekarang ini hanyalah percintaan yang berlandaskan nafsu yang di pandu oleh hati dan perasaan anda semata. percintaan ini tidak membuahkan kebahagian tetapi ia hanya menghadiahkan kekecewaan kelak.untuk bangun semula daripada kekecewaan bukanlah perkara yang mudah....cuba renungkan apabila anda kecewa.....mampukah anda bersolat dengan tenang?,mampukah melayan hati orang lain dengan baik?,mampukah anda menumpukan kepada pelajaran anda?cuba fikirkan...........